Tuesday, March 15, 2011

Sucikan Hatimu Dengan Solat

Assalammualaikum..



da lama tak hapdet blog kan..
hari ni rasa nak share something ngan korang ..
yang mana aku rasa amat berguna untuk kita sebagai seorang muslim dan muslimah..
yup...pejam celik pejam celik..
lagi beberapa bulan umur aku mencecah 23 tahun..
wahhhh....banyak da tu..
aku selalu ingatkan diri
angka yang sentiasa bertambah dari hari ke hari 
bukan bermakna umur semakin meningkat
tetapi umur semakin berkurang untuk bertemu dengan Sang Maha Pencipta..
ajal maut seseorang telah di tetapkan Allah sejak kita diciptakan lagi..
adakah kita sedar bahawa hari tersebut semakin menghampiri kita semua
sama ada kita rela atau tanpa rela
nak atau taknak
itulah hakikat yang pasti kita akan tempuh..
kita selalu dengar..
"solat itu tiang agama"
dari tadika..sekolah rendah..masuk sekolah menengah..then universiti..
malah samapi sekarang perkataan itu tak putus didengari oleh telinga kita
tapi adakah kita betul-betul paham maksud sebenar-benar perkataan tu..

mari kita fahami maksud tiap-tiap bacaan dalam solat:-

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Indahnya solat..
kalau kita betul-betul memahami maknanya..
tak sedar setiap yang kita ucapkan selama ni..
begitu indah sekali maknanya..
memberi maksud yang amat mendalam kepada sang pembaca..
mengingatkan kita erti kehidupan yang sebenar..
jikalau kita betul-betul berilmu beramal dengannya..
nescaya kita takut untuk melanggari perintaNya..
InshaAllah..

spiritual happiness  >> emotional happiness >> physical happiness


 

2 comments:

aienzcruzzle said...

nice entry..
good one..
^______^

stolly molly im@d@ said...

I.allah...selamat beramal dengannya..mudah-mudahan hati kita sentiasa di lindungi dari godaan dunia yang menghancurkan..