Monday, February 28, 2011

tak kenal maka tak cinta

Assalammualaikum...

alhamdulillah..
1. sebab da siapkan immunohistochemistry stain dengan jayanya...
2. da settlekan pap stain for pap smear
3. perut da kenyang

* bos xde - EL
*osmet a.k.a levelmate a.k.a najwa pun xde ..p gym for research programme

so, aku kesorangan sekarang..

bila keje da settle..
aku mula start bermenung..
jauh pemikiran aku melayang..
perit tekak kelu tanpa berbicara..
sekali dua kedengaran dehem-dehem perbetulkan kelunakan suara..
woaaaa...sungguh buhsan berterusan cani..
suasana hanya di temani bunyi dengkuran chiller
dan..
aku mula terpandang PC yang sedia kosong tanpa penghuni
rasa macam ada something yang menganggu jiwa aku lately..
adakah ini yang membuatkan aku sering bermenung ???
adakah ini yang sering membuatkan aku runsing???
persoalan masih di akhiri dengan tanda persoalan tanpa titik noktah
pejamkan mata celikkan hati
cuba selami lautan diri
apa yang aku mahu?????
jawablah hati..apa yang kamu mahu????
fikiran berputar-putar seolah-olah mencari kepastian hati

aku mahukan kebahagiaan.........
 yer...kebahagiaan hati yang hakiki..

bukan harta benda yang ku cari..
bukan wang ku impi..
bukan juga pangkat di idam..
bukan kecantikan fizikal yang tidak kekal lama
tetapi hati yang suci dan bersih tanpa sifat cela..
fikiran, ucapan dan tingkah laku berlandaskan ehsan, iman dan islam
gabungan itulah yang membuatkan kita bahagia..

bila berkata tentang cantik...
yer...bohong kalau ade manusia yang menafikan  untuk tampil cantik
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
“Awak ni cantiklah”
 maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya..
Tersipu-sipulah ia. 
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, 
seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

 tetapi adakah kita sedar,
mata yang cantik,alis mata yang menawan,
hidung yang mancung kembang kempes,
bibir yang seksi,
kulit yang pelbagai warna,
putih, sawo matang,itam manis..
 itu bukanlah diri kita..
semua yang ada pada tubuh badan kita ini adalah pinjaman dari Allah
Dia jadikan sesuatu itu bersebab..
anggota-anggota ini dicipta untuk menjadi saksi di hari kiamat kelak..
astagfirullahal'azim..
( T.T)

pandanglah wajah di dalam cermin
tanya
wahai mata...
apa yang kamu sudah lihat??
ingat dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan mata kita
wahai mulut...
apa yang telah kamu ucapkan??
apa yang sudah kita lakukan dengan mulut kita???
kenanglah kata-kata yang lahir dari bibir-bibirmu
kata-kata yang kesat, kata-kata dusta,
wahai tangan..
apa yang telah kamu lakukan??
wahai kaki...
kemana kamu pergi sepanjang hayatmu???

tak terkenang dosa-dosa yang da aku lakukan
23 tahun, masih muda
tapi aku leka dalam dunia yang penuh dosa
tiada satu pahala pun yang bole membantu aku di sana..

ampun Ya Rabb..
redhailah usaha aku yang ikhlas mengenaliMu
sebelum ni aku leka..aku lupa..aku lalai
semakin aku pelajari agamaMu
semakin aku kenal akan diriku yang mungkin selama ini aku buta
aku rasa rugi tak menjadi solehah..
aku rasa rugi tak jadi manusia yang berguna..
sesungguhnya pintu taubatMu sentiasa terbuka
terimalah taubatku..
bawalah aku ke jalanMu
redhailah hidupku..
perkenankan doa-doaku..
hidup dan matiku hanya untukMu..
"sesungguhnya syurgaMu seluas langit dan Bumi"


No comments: