Monday, February 28, 2011

martamat wanita


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

tak kenal maka tak cinta

Assalammualaikum...

alhamdulillah..
1. sebab da siapkan immunohistochemistry stain dengan jayanya...
2. da settlekan pap stain for pap smear
3. perut da kenyang

* bos xde - EL
*osmet a.k.a levelmate a.k.a najwa pun xde ..p gym for research programme

so, aku kesorangan sekarang..

bila keje da settle..
aku mula start bermenung..
jauh pemikiran aku melayang..
perit tekak kelu tanpa berbicara..
sekali dua kedengaran dehem-dehem perbetulkan kelunakan suara..
woaaaa...sungguh buhsan berterusan cani..
suasana hanya di temani bunyi dengkuran chiller
dan..
aku mula terpandang PC yang sedia kosong tanpa penghuni
rasa macam ada something yang menganggu jiwa aku lately..
adakah ini yang membuatkan aku sering bermenung ???
adakah ini yang sering membuatkan aku runsing???
persoalan masih di akhiri dengan tanda persoalan tanpa titik noktah
pejamkan mata celikkan hati
cuba selami lautan diri
apa yang aku mahu?????
jawablah hati..apa yang kamu mahu????
fikiran berputar-putar seolah-olah mencari kepastian hati

aku mahukan kebahagiaan.........
 yer...kebahagiaan hati yang hakiki..

bukan harta benda yang ku cari..
bukan wang ku impi..
bukan juga pangkat di idam..
bukan kecantikan fizikal yang tidak kekal lama
tetapi hati yang suci dan bersih tanpa sifat cela..
fikiran, ucapan dan tingkah laku berlandaskan ehsan, iman dan islam
gabungan itulah yang membuatkan kita bahagia..

bila berkata tentang cantik...
yer...bohong kalau ade manusia yang menafikan  untuk tampil cantik
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
“Awak ni cantiklah”
 maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya..
Tersipu-sipulah ia. 
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, 
seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

 tetapi adakah kita sedar,
mata yang cantik,alis mata yang menawan,
hidung yang mancung kembang kempes,
bibir yang seksi,
kulit yang pelbagai warna,
putih, sawo matang,itam manis..
 itu bukanlah diri kita..
semua yang ada pada tubuh badan kita ini adalah pinjaman dari Allah
Dia jadikan sesuatu itu bersebab..
anggota-anggota ini dicipta untuk menjadi saksi di hari kiamat kelak..
astagfirullahal'azim..
( T.T)

pandanglah wajah di dalam cermin
tanya
wahai mata...
apa yang kamu sudah lihat??
ingat dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan mata kita
wahai mulut...
apa yang telah kamu ucapkan??
apa yang sudah kita lakukan dengan mulut kita???
kenanglah kata-kata yang lahir dari bibir-bibirmu
kata-kata yang kesat, kata-kata dusta,
wahai tangan..
apa yang telah kamu lakukan??
wahai kaki...
kemana kamu pergi sepanjang hayatmu???

tak terkenang dosa-dosa yang da aku lakukan
23 tahun, masih muda
tapi aku leka dalam dunia yang penuh dosa
tiada satu pahala pun yang bole membantu aku di sana..

ampun Ya Rabb..
redhailah usaha aku yang ikhlas mengenaliMu
sebelum ni aku leka..aku lupa..aku lalai
semakin aku pelajari agamaMu
semakin aku kenal akan diriku yang mungkin selama ini aku buta
aku rasa rugi tak menjadi solehah..
aku rasa rugi tak jadi manusia yang berguna..
sesungguhnya pintu taubatMu sentiasa terbuka
terimalah taubatku..
bawalah aku ke jalanMu
redhailah hidupku..
perkenankan doa-doaku..
hidup dan matiku hanya untukMu..
"sesungguhnya syurgaMu seluas langit dan Bumi"


Wednesday, February 23, 2011

sambungan cite lalu...

Assalammualaikum...

hai u'ols
haha
nak tergelak aku baca entry lepas..
ayat hotssssss
nanti malam aku sambung story k
ni malam ko!!
labun pandai...buat tarak!!
(~_^)
chill der....
sila pahamkan betul-betul gambar diatas tu..hikss

actually
aku da tak excited nak continue stolly entry lepas
ampun bapak-bapak, ibu-ibu..
motips sangat!!
ni la diri Ada dalam cerita ImAda tu..
dia tak la gigih sangat nak hapdet story hari-hari
rasa rajin dia jenguk..
kalau malas die wat keras je..huhu..hodoh kut pangai aku nih..

oke..
back to fitrah..
blog ni tuk suka-suki..
tuk kenang-kenangan..
tuk isi masa lapang..
tuk luahkan perasaan..
tuk anak-anak..wah!!!
jauh pemikiran kan....jeles ar tu..
DAN
yang paling penting
tuk mama n papa anak-anak tadi..

oke..
meh la aku sambung story entry lepas..
sat g tergantung lak cerita tu..
pening anak-anak aku nak paham...
haha..

AWAS !!! 
(entry ni agak panjang , makesure anda betul2 tabah tuk baca sampai habis k)
opppssss...juz to remind - TABAH itu salah satu nikmat!! sifat terpuji ..Allah suka taw =P

after wat FBC
result die kan oke..
tapi doktor still nak masukkan dia kat ward..
so, kami tak kesah pun..
ikut je mana yang the best kan..
besok nye..
da bole keluar ward pun ..alhamdulillah..
then, 
Yong aku bawa dia p Darul Syifa..
kut-kut la kena ganggu #$%%&*@  malam kemarin tu kan
tapi
first impression dorang tengak anak buah aku tu
doa kata
"eh, xde pape budak ni..dia oke"..alhamdulillah..
tapi dorang kata dorang nak datang rumah after maghrib
nak check sume ahli keluarga
and nak check rumah terus..
kut-kut la ade pape kan..
husyhhhhhh..
apakah ini????????????
gelabah weh...
maw tak dup dap dup dap jantung aku...
tapi di sebabkan kecantikan yang di anugerahkan Allah kepada hamba2Nya kan
muka aku nampak cool je...
alah..relax ar..nak tengak rumah je pun...
haha..bajet...

after maghrib!!!
ketibaan para ahli darul syifa di alu-alukan..2 orang je pun..
kami semua kena berkumpul (seolah-olah duduk dalam bulatan camtu)
then dorang duduk kat center bulatan kami..
before start baca ayat -ayat suci Al-Quran..
dorang cakap kalau after dorang selesai baca
andai kata ade sape-sape rasa cam debar-debar..
cara macam nak menangis..
rasa macam berat
rasa nak muntah
sila bagi taw kat dorang oke...
kami semua angguk tanda PAHAM..
tapi masing-masing start duk pegang tangan..
takut, blur, bingung,  persoalan "apakah ini" masih di takuk yang sama..huh
cam suspen jep..
dalam otak duk pikir..
ntah-ntah ade hantu...

after selesai baca..
dorang kata sape yang rasa debar-debar sila datang kat center..
haaa sudah!!!
masing-masing duk jeling menjeling..
muka???hahaha..tak ya nak tahan gelak...sume  muka suspen..
lawak kalau ingat lik dat moment..hihi..
at last, budak2 yang start buka langkah
anak-anak buah aku..adik-adik-adik aku..
ape daaa...yang besau-besau sume duk bajet cool..
padahal kat dada punya debaran Allah je yang taw..hikss
after budak2, turn kami lak yang da besar panjang ni..
da check semua ahli keluarga..alhamdulillah again..
family kami bebas dari saka, or gangguan benda2 halus ni.. 
orang tu kata..kalau  ade benda2 halus ni kat kita..
time dorang duk baca2 ayat2 suci tu..
kita rasa tak sedap badan
semena-mena nak nangis..
simptom2 yang dorang sebut tu la..
and ade yang sampai tak sedarkan diri terus..
nauzubillah..

huh!!!
kami semua lega..
tapi kakak aku a.k.a Yong aku
still tak puas hati...
p gomen hospital kata xde pape.. 
p gn perubatan tradisional islam pun kata xde pape..
cane anak dia ley jadi cam2 kan...
takkan tanpa sebab..
so, die p bawak anak dia kat private hospital lak..
doktor suggest wat CT scan
after dapat result..
graf tu menunjukkan kepala kanan anak dia memang de problem
so, doktor kata tuk confirmation
further dengan MRI
kesian kut tengak budak-budak kena usung masuk bawah tu weh..
waaaaa....maw nangis lebat ...
after 1 hour tunggu...alhamdulillah doktor kata takde pape..
cuma dia ade sawan..
juz makan ubat yang dia kasi for 2 years..

ni la yang dinamakan UJIAN..

UJIAN AKAN DATANG TANPA KITA DUGA
PERSIAPKAN DIRI KITA DENGAN APA JUA MUSIBAH
BIARPUN BERAT UJIAN YANG KITA TEMPUH
INGATLAH ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN
TATKALA DI UJI PASTI KITA AKAN BERASA LEBIH TENANG
INSHAALLAH..(~_~)

dear kakyang
makcik doakan kakyang cepat sembuh..
dengar cakap doktor..
jangan tido lambat..
hari-hari jangan lupa makan ubat !!


sayang kakyang!!!


to my sis :
bertabahlah..
we owez with u..

Thursday, February 17, 2011

Gangguan Mahkluk Halus

Assalammualaikum..


Benarkah gangguan mahkluk halus itu betul-betul wujud????
bukan nyamuk yang aku maksudkan!! benda lain oke..
lebih halus dari seekor nyamuk..
selama ni aku selalu dengar cerita-cerita seram dari kengkawan..
tengak video-video orang kena rasuk..
macam-macam la...
tapi alhamdulillah..semua ni tak pernah berlaku dalam hidup aku mahupun family aku sendiri.
sampai la hari ahad yang lepas, 13 feb..
salah sorang dari anak-anak buah aku (da ramai hokey) mengalami kejadian pelik..
bukan pelik je..suspen pun ade..huhu

oke..macam ni al-kisahnya..
disebabkan kerja-kerja di lab yang sangat memBUHSANkan..
aku decide apply cuti ari isnin tu, 14 feb..
15 feb kan cuti umum (maulidur rasul)..
so, boleh la aku memanjakan diri lama sikit kat kampung..
sambil menyelam minum air..
ekceli..aku ade misi besar yang harus aku laksanakan sepanjang cuti tu..
aku p belajar menjahit..wahahaha..so gegel u'ols..
patutnya 4 hari tu da lebih dari cukup tuk aku belajar menjahit sehelai baju kurung..
tapi..len plak yang jadi..

kejadian berlaku hari ahad.. time maghrib..
after solat maghrib..masing-masing wat hal masing-masing..
aku duk ajar adik bongsu aku wat keje sekolah dalam bilik..
mak aku duk landing atas katil..(penat katanya)
dua-dua adik lelaki aku p stadium ipoh..tengak bola "Perak vs Negeri Sembilan"
menang weh...2-0..hehe
ayah aku takde kat umah..
kebetulan family yong (kakak sulung) balik kampung ..
family dia sume duk lepaking kat guest room..tengak tv!!

tiba-tiba kaklong (anak sulung yong) menangis jerit-jerit mintak tolong...
aku pun lari dan terus berlari menuju ke guest room...
terkejut aku tengak anak yong aku (yang second last) jadi camtu..
padahal before tu dia elok je tido..
tiba-tiba dia tak sedarkan diri
mata dia duk pandang je ke kanan and start kancing gigi..
astaghfirullahhal'azim....seyes aku tak leh lupa muka dia time tu weh..
bukan takut..tapi kesian..budak lagi kot..baru 5 tahun..
macam-macam kami buat..baca ayat-ayat suci Al-Quran
tapi tetap tak oke gak..last panggil jiran tolong tengakkan..
after jiran sapu bawang putih tepi mata dia..
baru mata dia pandang depan and dia jadi lemah..
tapi still tak sedarkan diri..
sampai kat hospital baru dia sedar..
tapi dia macam blur-blur camtu..
after check fbc ( full blood count)..result sume oke..

Y ?? Y?? Y?????????
agak-agak korang kenapa ye dengan dia????

sorry..ayat kecamuk..aku pun kecamuk jugak..
tak sihat ni..nak p klinik kat sebelah jap..
nanti malam aku sambung story..
tak habes g ni..
bubye!!!!!

Wednesday, February 9, 2011

aku yang masih keliru, celaru, ce??ce??cengeng!!

Assalammualaikum..


i'm still in unstable mood..
nak kata aku tot tot..
seminggu da berlalu..
melampau la emo sebab tu lagi kan???

ekceli...

aku keliru..celaru..
buntu..bingung bukan bengong..
sat aku sedih..sat aku gembira..
eh tak..
aku mungkin nampak gembira tapi hakikat dalaman aku sedih
(>_<)
susah nak luahkan ape yang aku rasa..
apa yang aku fikirkan..
apa yang aku mahu...

sebab????

aku sendiri pun tak taw..
aku tak dapat mengenalpasti punca, sebab musabab, aku jadi separuh gila camni
aku ulang..
SEPARUH gila..bukan gila sepenuhnya
aku risau kalau tak ubati penyakit ni lama-lama aku boleh jadi betul-betul gila..
nauzubillah..
puh kanan puh kiri..
mintak-mintak dijauhkan..
aminn...

kata orang..
bila kita rasa stress
tarik nafas dalam-dalam and hempus perlahan-lahan..
tarikkkkk...hembussssss...
huh!!!!

oke...lega sikit..

sekarang sesi luah perasaan..

korang pernah bercinta tak???
maksud aku cinta sesama manusia..
tak?? (tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka)..=P
mak -ayah korang???? ha sudaaa....istighfar babe!! hehe
sory..aku banyak menyimpang..
aku kan keliru, celaru..
harap korang faham condition aku k..hahaha

oke lah...
camni ceritanya.. ( aku kasi sinopsis nye aje yep)
nama aku puteri (bukan nama sebenar) bercinta dengan putera (bukan nama sebenar)..
da bercinta selama 5 tahun 3 minggu 5 hari..
kalau bercinta pas kawen , bole dapat 5 orang anak da kan?? u know me him..(^_^)
tapi malangnya..
kami belum berkahwin...
di sebabkan kegatalan kami yang tak disengajakan..
kami terbercinta awal..
5 tahun babe!! bukan 5 hari, kalau 5 bulan pun oke lagi..
tu belum aku darab dengan 365 hari lagi..
korang kira la sendiri..
kalau aku kirakan nanti makin lebat lak air mata aku ni..huhu..

so..the big problem nye sekarang ni..
puteri suka sama putera..putera pun suka sama puteri..(eh.. ni bukan problem)
puteri ni manja orangnya..
pantang berjauhan dengan putera mula nak cengeng..(yang ni baru problem)
nama pun tak kawen..mesti la tak leyh duk sama-sama kan??
so, cara nak menanganinya mestilah dengan kawen jugak..
baru boleh duduk sama..berkepit sampai muak kan..settle problem..

tapiii..

ade tapi kat sini..huh!!
betul ke aku nak kawen??..
ni soal kawen weh..
bukan macam main kawen-kawen time kecik-kecik dulu..
kita kena ingat
hidup kita totally akan berubah..
100% yaww..bukan 50% bukan jugak 30%..
da kawen..mesti ade anak..
da ade anak mesti la aku jadi mak dan dia jadi bapak..
tengak je gaya mak-mak, makcik-makcik, kakak-kakak kat luar tu..
macam tu la nanti kalau korang da kawen (untuk gegel only ya)
yang lelaki tak ya la sebuk-sebuk tengak makcik jugak..
rasa-rasa mampu tak nak jadi camtu???????? 
lagipun umur kami muda lagi..
kengkawan pun ramai lagi yang single mingle..
tak heboh nak kawen...

di ringkaskan cerita...
camni....
hati aku macam da dibahagi dua..
sebelah penuh dengan bunga-bunga cinta
yang sebelah lagi????
 

uwaaaaaaaaaaaaa....

seyes aku tension wehhh..
tulunnnnnnnnn!!!!!!!!

Monday, February 7, 2011

gagal buat ke berapa kalinya!!!


"pasangan yang mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya"

Manusia tidak mampu terus berfikir dan berfikir,
akal itu perlu dipandu dengan iman.
Iman itu adalah keyakinan, 
yakin kepada Allah yang memiliki segala-galanya apa yang ada di bumi,
langit dan di dasar lautan. 
Taqwa itu bagaimana kita berhati-hati dengan penipuan di dunia ini.
Hati ini lemah, 
jasad ini kerdil 
dan jiwa ini kerapuhan
namun Allah sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak Nya.


Tabahkan hati aku Ya Allah...mohon limpah hidayahMu..
ampun di atas segala kekilafan aku selama ini..

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..



Tuesday, February 1, 2011

Godek sana ..godek sini..

Assalammualaikum...



korang nak tahu satu fakta tentang aku hari ni tak??
ngeh3..bajet hot la kau kan...
ntah datang cari ceruk mana, harap orang nak kisah pasal kau..
(>_<)
aku takde mood nak keje ari ni..ni la faktanya!!
sumpah aku tak tipu..jujur dah ni...pengakuan ikhlas...
sebab???
sebab aku tak sabar nak balik kampung..
aku da tak boleh nak fokus kat kerja..
(konon la kan???padahal takde sample hari ni)
so, aku membizikan diri dengan meng"online"..
aku suka baca forum..
tak kisah la forum ape pun..semua aku layan..
lepas godek sana..godek sini..
nah..aku jumpa ni..
cam tertarik menarik lak nak letak kat blog kan..
aku ikhlas nak share dengan korang semua..
bagi sape-sape yang belom baca..jomm baca..
yang dah....jom baca lagi skali...kut-kut jadi lelaki mithali pasni..euwww ~~
dan dan nak kan??????
(~_^)

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??

Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.


TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit,bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak didalamnya,tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek"Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Nak duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam. TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakaibaju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"…

Hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu,selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata diahanya tidur2 ayam sahaja...
 
INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang,PS2 korang dan lain-lain. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apayang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup,manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allahtelah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri, Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri...

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....



hah?? cane korang..terasa tak?? terasa tak?? hihihi