Kontroversi kali ini yang hendak saya kongsikan dengan pembaca sekalian sebagai santapan minda di samping nasi lemak dan kopi O tentang sebuah kisah untuk renungan bersama..
Layannnnn~~~
Sepasang remaja berumur 15 tahun memohon kepada Mahkamah Syariah untuk berkahwin. Hakim Syari’e semasa mendengar kes tersebut bertanya beberapa soalan untuk memastikan pasangan tersebut sudah bersedia untuk berkahwin.
Hakim Syari’e bertanya sekiranya diberi kebenaran untuk berkahwin diberi, kemanakah pasangan itu akan tinggal?
Ali, pasangan lelaki tersebut menjawab bahawa mereka telah memikirkan perkara tersebut dan telah membuat keputusan untuk tinggal di rumah Laila, pasangannya kerana bilik tidur Laila lebih besar dari bilik tidur Ali.






Hakim Syari’e tersenyum dan kagum bahawa perkara tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu. Beliau kemudiannya bertanya satu lagi soalan. “Sekiranya dibenarkan berkahwin, bagaimana kamu akan menanggung Laila kerana kamu masih bersekolah?”.
Ali menjawab, “Yang Arif, kami mempunyai tabungan dan sekiranya tabungan tersebut disatukan dan kami berbelanja hanya RM10 sehari dan membawa bekal ke sekolah, kami akan dapat menampung penghidupan kami setelah berkahwin sehingga selesai peperiksaan PMR.” Sekali lagi hakim tersebut tersenyum dan merasa kagum dengan kesungguhan cinta kedua remaja tersebut.
Hakim itu terus bertanya, “Oleh kerana kedua-dua kamu akan mengambil peperiksaan PMR pada hujung tahun ini, bagaimana kamu hendak pastikan yang Laila tidak hamil ketika tempoh tersebut?”
Kali ini Ali pula yang tersenyum dan menyatakan, “Yang Arif jangan khuatir, kami telahpun melakukannya dan nasib kami baik kerana Laila tidak hamil langsung! Hakim menarik muka masam dan dan tentu sahaja tidak kagum dengan jawapan tersebut.



Note : budak-budak sekolah da pikir pasai kawen..anda bila lagi???



3 comments:
kalau dah tak tahan sangat kawin je.. lebih baik dari buat dosa lama2..
hadoii~~
ku pun fikir nak study lg dr kawin..
myvitrd : sangat3 setuju!!!
ku izzati : selagi mampu tuk study, study k...tak rugi mengejar ilmu...;)
Post a Comment