"CINTA" dari segi bahasa bermaksud kecenderungan.
"kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya,
menyebut namanya,
rela berkorban deminya,
menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu
walaupun terdapat kekurangan padanya
dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".
Cinta menurut pandangan Islam adalah
suatu perkara yang dibenarkan.
Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.
Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai.
Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai
malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.
Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal
(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)
tapi aku da terdating dulu b4 kawen...
nak undur masa adalah sesuatu yang sangat mustahil
so..
learn from yesterday,
live for today
hope for tomorrow
ari2 aku berazam mahukan yang terbaik dalam hidup..
moga terampun dosa-dosa aku n dia
& dimakbulkan oleh Allah..
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
aminnnnn....
~~we belong together~~
No comments:
Post a Comment