Monday, January 31, 2011

segatai-gatai aku, gatai lagi budak ni..=D

Assalammualaikum..


Kontroversi kali ini yang hendak saya kongsikan dengan pembaca sekalian sebagai santapan minda di samping nasi lemak dan kopi O tentang sebuah kisah untuk renungan bersama..

 Layannnnn~~~

Sepasang remaja berumur 15 tahun memohon kepada Mahkamah Syariah untuk berkahwin. Hakim Syari’e semasa mendengar kes tersebut bertanya beberapa soalan untuk memastikan pasangan tersebut sudah bersedia untuk berkahwin.

Hakim Syari’e bertanya sekiranya diberi kebenaran untuk berkahwin diberi, kemanakah pasangan itu akan tinggal?
Ali, pasangan lelaki tersebut menjawab bahawa mereka telah memikirkan perkara tersebut dan telah membuat keputusan untuk tinggal di rumah Laila, pasangannya kerana bilik tidur Laila lebih besar dari bilik tidur Ali.


Hakim Syari’e tersenyum dan kagum bahawa perkara tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu. Beliau kemudiannya bertanya satu lagi soalan. “Sekiranya dibenarkan berkahwin, bagaimana kamu akan menanggung Laila kerana kamu masih bersekolah?”.
Ali menjawab, “Yang Arif, kami mempunyai tabungan dan sekiranya tabungan tersebut disatukan dan kami berbelanja hanya RM10 sehari dan membawa bekal ke sekolah, kami akan dapat menampung penghidupan kami setelah berkahwin sehingga selesai peperiksaan PMR.” Sekali lagi hakim tersebut tersenyum dan merasa kagum dengan kesungguhan cinta kedua remaja tersebut.

Hakim itu terus bertanya, “Oleh kerana kedua-dua kamu akan mengambil peperiksaan PMR pada hujung tahun ini, bagaimana kamu hendak pastikan yang Laila tidak hamil ketika tempoh tersebut?”

Kali ini Ali pula yang tersenyum dan menyatakan, “Yang Arif jangan khuatir, kami telahpun melakukannya dan nasib kami baik kerana Laila tidak hamil langsung! Hakim menarik muka masam dan dan tentu sahaja tidak kagum dengan jawapan tersebut.

senget punya budak!!!


Note : budak-budak sekolah da pikir pasai kawen..anda bila lagi???

Gara-gara sebatang gigi

Assalammualaikum


malam ni aku tak berapa nak sihat..
aku tak demam.....aku tak batuk....aku jugak tak selesema..
aku........................!!
aku sakit gigi......
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
nanges sangat-sangat..

tadi after keje,
aku n housemate singgah p pasar malam
beli makanan tuk dinner..
tiba-tiba mata aku terpandang cendol..
rasa macam rindu-rinduan plak nak minum kan..
then, aku beli la..
lepas je abes minum..
aku rasa sengal-sengal plak gigi aku ni..
pastu, makin menjadi-jadi & makin rancak lak dia menari-menari
fuhhhhhhh...
baru aku taw betapa sakitnya rasa sakit gigi...
ingat sakit gigi ni rasa macam kena gigit semut je
rupa-rupanya rasa macam kena gigit dengan boya..
sakit wehh..
bukan area gigi tu je yang sakit
abes sume mata, kepala aku terjejas sekali..

6.00p.m :

6.30 p.m:

macam biasa la..aku mengadu kat Mr Papa..
aku punya separuh nak gila men tarik-tarik rambut kat sini dia boleh gelak-gelakkan aku..
yer...hina orang sakit gigi macam aku ni kan???..
aku macam da hangen separuh badan..
separuh lagi aku simpan kat dalam almari..
oke lah......bubye!!

8.30p.m :

mood : meroyam memalam..
mula pikir bukan-bukan..and aku text kat dia something..

kalau tadi hangen aku separuh badan
now, da penuh satu badan!!
tunggu nak kentutkan je..
boleh plak adik dia p baca mesej yang aku sent kat dia...
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
sabar sabar jugak
malu aku sape nak jaga..sedih yu!! =(
adik dia siap ejek2 dia bla bla bla bla lagi.....
dah mak dia pun dapat taw..
gilossss..
jatuh maruah aku..
pastu dia relax je cerita kat aku
macam takde pape yang belaku..
OMG
tabahkan la hati hambaMu ini
dah jadi camtu baru nak pujuk-pujuk aku
jawab nye herrrmmmm...yerrr...k....mmmmm je la yang mampu aku balas...
kalau larat nak layan, layan!!!!
sape suh letak hp merata-rata..
da sakit gigi...
tambah ngan sakit hati..
memang secukup perasa lahh..
perfect!!

Sunday, January 30, 2011

Nasib Si "baby" Blogger..

Assalammualaikum..


i'm just as innocent as i look
comel kan baby ni..i luv baby sangat-sangat!!
tak boleh bayangkan macam mane perasaan kalau dapat baby sendiri nanti..
mau nanges lebat-lebat ..hihi
bila kita tengak baby
terdetik kat hati..
"tak sabar nyer nak tengak baby ni membesar"..
especially, parents empunya baby la kan??
kompem all parents kat dunia ni impikan anak yang pandai,
besar sok jadi anak yang soleh & solehah, berjaya di dunia & akhirat..
so, tanggungjawab ibu-bapa adalah men'design'kan anak masing-masing..
baby ni umpama kain putih yang bersih lagi suci..
kita diberi kuasa untuk mencorakkan kain tersebut..
kalau kita nak bunga, kita lukis gambar bunga..
kalau kita nak anak jadi doktor kita lukis gambar doktor..
dan begitu lah seterusnya..
(>_<)
kau bia betul??
senang nye kan??
hehehe..
paham-paham sendiri  oke..
cabuttttttttttttt !!!
actually, aku da terbabas sikit dari tajuk asal entry ni..
ellergic betul dengan perkataan "baby"
merepek sampai sok pun boleh..
aku kan pencinta baby..
(^_^)
huh!! cane nak start ni??
sebenarnya...........
aku nak luah perasaan aku as "baby" blogger
yepp..aku "baby" blogger yang baru lahir di dunia ni (dunia blogger)
blog stolly molly im@d@ a.k.a "baby"
Im dan Ada a.k.a parents kepada "baby" ni..
back to our original purpose..
kami buat create anak blog ni bukanlah untuk tunjuk kat dunia
kebahagiaan or kesedihan yang kami rasa..
siapalah kami kan???
apalah sangat dengan status "PAKWE MAKWE", "BF GF", "B AYANG","PA MA"
macam kompem-kompem je kan kawen sama-sama kan??
orang yang da berkahwin pun boleh bercerai-berai
ni plak muda mudi yang berlagak da kawen (bf gf)..
i luv you, u luv me bagaiii..
dalam masa satu saat semua boleh berubah
bukan kena masuk keluar mahkamah pun rite???
yup!!
itu la hakikat sebenar cinta sesama manusia,
hanya bersifat sementara..
kita hanya mampu merancang
tapi Allah as our Creator, 
Dia lah yang berhak menentukan semuanya..

lepas difikir-fikir..
pasangan mana dah kawen (bf gf) takmo buat "baby" kan??
berkat usaha gigih suami isteri ni tadi
alhamdulillah..lahir sorang "baby" yang chomel macam mama dia..
hahakkss..umo da 23 tahun memang gatai macam ni (^_^)
kalau korang baca first entry aku ni,
macam tu lah alkisah macam mana lahirnya "baby" mama yang comel ni..
walaupun tak sama dengan baby orang lain
tapi ini anak kami..
kehidupan kami..
kisah seronok kami.. =)
kisah sedih kami.. =(
kami nekad nak cerita sume yang berlaku dalam blog ni
dengan harapan dah tua-tua nanti boleh baca balik..
even jodoh tak berpanjangan, blog ni still diteruskan 
bcoz
dis is our real life..
nak menyesal??? memang boleh nak menyesal
tapi boleh ke kita padam kenangan yang kita da lalui..
paling tak pun kita boleh lupakan je..
kita tak mampu tuk kembali ke masa silam and elak sume yang da berlaku tu tak berlaku..
so, kalau da cerita yang best-best dalam blog ni
kisah kau dan aku, aku rindu sayang kamu.. bla bla bla..
tub..tub..cinta terkandas di tengah jalan..
nak buat macam mana kan??
da tu takdir yang terpaksa kita tempuh..
so, makin kuat la semangat aku tuk buat anak ni..
alhamdulillah, 29 november 2010 yang lepas
selamat lahir baby stolly molly im@d@

nama pun baby
banyak benda yang kena belajar..
selok belok dunia blogger ni
bila jumpa blog kengkawan..
rasa macam syok..
how their life journey..
apa yang berlaku dengan dorang..
after start berblogging 
rasa pemikiran sempit ni makin meluas sikit,
rasa nak p jengah blog tu, nak jengah blog ni..
tak kurang jugak dengan info, gosip-gosip hangat and so on..
banyak benda yang kita tak tahu boleh tahu..
kalau duduk kat bumi bertam ni..memang sah-sah tak jumpa orang lain da..
orang taknak ambik tau pasal kita, 
dan kita pun tak berminat nak ambik tau pasal orang..
AND...
yang menjadi masalah besar aku sekarang ni..
=(
aku rasa mula nak jadi follower orang tu
nak jadi follower orang ni..
nak "baby" ni jadi macam baby orang lain
join contest tu join contest ni..
tag orang tu, tag orang ni.. 
(da terajak pun sorang kawan jengah blog ni  (>_<)  )
maybe separuh sedar time tu
and maybe jugak disebabkan ke'excited'tan aku nak kenalkan my baby!!
budussss..aku nyesal weh..
sebab cite-cite aku bukan syok pun..
abes-abes modal, story tentang aku jer..
grrrrrrrrrrrrr..
NOW!!
aku mula rasa nak meroyan..
 perlu ke aku buat semua ni???????
bukan ke tujuan utama aku dulu..
juz untuk kami seronok-seronok..
bukan untuk dipertotonkan di halayak ramai..
tak perlu ade follower, 
tak perlu beritahu kepada orang lain kewujudan "baby" ni
lagipun, kalau blog ni cerita pasal kisah kami
sapa yang berminat nak baca?? sapa yang berminat nak tau??
oorr..peh-liss..orang meluat hoke..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....='(
incik papanda : apakah yang harus mamanda lakukan??
nak teruskan niat or kembali ke niat asal blog ni..
tapi saya da ade sorang follower..hikss
tak taw ilmu ape yang dia pakai..
hanya kau Miss Ayen yang aku jemput!!
nak jemput Miss-Miss yang lain..tiba-tiba kekompiusan melanda jiwa..(-_-)
even dengan miss-miss housemate aku
hermmmm..


**note : kalau sape-sape terbaca entry ni..pliz tinggalkan comment oke..
sangat-sangat mengharapkan nasihat n pendapat korang..sian kat "baby" ai ..
(T_T)

Friday, January 28, 2011

apabila breast jadi persoalan..????

Assalammualaikum..

Apa Itu Breast??? Ada Apa Dengan Breast??? Kenapa Dengan Breast??
(>_<)..
bukan tu tujuan utama aku buat entry ni..
"agak-agak la" bak kata orang ki'il ..boring sangat dah ke..kan??
Actually, kepala otak aku serabut..
dari semalam lagi...
sampaikan nak tido pun aku masih terbayang-bayangkan benda X ni..
bila aku terbayang je aku rasa macam X datang dekat aku..
serius weh aku ngeri..
appearance dia memang menakutkan!!
sekali tengak macam bukan..kali kedua tengak "betol ke ni"..
kali ketiga tengak..
masyaAllah..
terus aku rasa berdiri semua rambut-rambut halus kat badan aku nih..
korang rasa tak apa aku rasa?? tak..oke..memang korang takde perasaan!! =P
mesti korang tak sabar-sabar tengak ape X tu kan???
sabar k..aku nak share something dengan korang ni..
teruskan membaca taw..

oke..semalam aku received sample from one of gomen hospital kat penang ni
tak banyak pun..dua mastectomy and selebihnya lump..
as usual, kalau de mastectomy specimen, kena slice kan sample tu supaya senang nak gross
aku takde rasa pape pun, bcoz memang almost every week,
on thursday kami kan dapat sample macam tu..
lenggang-lenggang kangkung je bawa sample masuk grossing room..
cool je kan?? pekerja berdedikasi la katakan..haha..sila buat-buat paham..
bukak plastic bag yang first tu oke g..
siap boleh nyanyi-nyanyi la sambil buat keje..oke, aku tipu!! maksud aku relax je buat keje.
sekali aku bukak mastec sample yang kedua tu..
terussssssssssss
lagu kemana, lirik kemana
rasa nak longlai wa cakap sama lu....
adeyhhh...bia betul ni..
macam mana boleh jadi sampai cani???
boleh plak selama ni hidup dengan keadaan macam tu??
tak takut ke?? takkan tak nampak kut..da terang lagi bersuluh..
macam-macam persoalan la yang hinggap kat kepala otak aku ni..
tapi bila memikirkan tanggungjawab ..cess..ayat tak boleh bla..=P
aku kuatkan semangat..kerja tetap kerja..kalau taknak buat sape nak buat...
kesian kat patient  
( T.T)

tak guna cakap banyak-banyak..
da tengak....lu pikir la sendiri...
ooooppssss before tu.....
caution!!!
sape yang takut
korang tutup mata dengan jari dulu taw..
bia nampak sikit-sikit je..
sape yang berani, lets c...bukak mata luas-luas
-
-
-
-
-
(>_<)
ni la X yang aku maksudkan...

 samples : 2 mastectomy, 4 breast lumps

 
time slicing  mastec yang first..elek g..ley senyum g..

after tengak mastec sampel yang kedua,
senyum pun da tak bape nak senyum..ketaq lutut duk pikir cane nak slice kan sample tu..
appearance dia sangat menakutkan..hemorrgahic skin, scar and tumor dia sangat la besar..


macroscopically, doctor consider it's maybe Phyllodes Tumor..
but to get the actual result, kena la view miroscopically kan??
haaa..amcam korang?? takut tak??
teruk dari ayam kami buat..
ni blom tengak after doctor gross lagi..
lagi hancur terus structure dia..
tambah-tambah axillary area..
so, sedarlah wahai wanita-wanita sekalian..
risiko kanser payu dara di kalangan wanita adalah 1 bagi setiap 8 orang.
terlalu tinggi risiko untuk dapat penyakit ni..
(>_<)..
nauzubillah..mintak-mintak dijauhkan..aminnn..
sekarang aku nak share sedikit sebanyak tips penjagaan breast ni..
lebih awal kanser payu dara dikesan, lebih besar peluang untuk rawatannya berjaya kan..

Bila kita perlu melakukan pemeriksaan
sendiri payu dara ni? 

* Sebulan sekali. 
* 7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang. 
* Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalendar sebagai peringatan anda. 

And macam mana cara nya???? haaaa..
tengak pic kat bawah ni yep!!


sorry, pic sedikit kabur, and instructions dia tak bape nak clear..
tajam-tajamkan lah penglihatan anda k..

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, January 26, 2011

beringat sebelum terkena

bia beringat sebelum terkena
da jadi baru nak menyesal da tak guna..
macam masak nasi la...kena makesure ratio air dengan beras 2 oke tak
nanti da jadi bubur kan da tak boleh patah lik jadi nasi
nak taknak terpaksa makan bubur..khen???
(>_<)
tak pasai-pasai aku menceceh pagi-pagi ni
aku memang suka beleter
tapi beleter untuk kebaikan jek..haha..konon nye la kan!!
pagi tadi, time aku drive p keje
aku dengar Hot FM...alaaa..yang radio yang lebih hangat dari biasa tu..
statistik kemalangan jalan raya 2010 meningkat mendadak
ape tak nye..bas pun da bape biji yang tergadaii
+ matosikal + kereta + lori + tak lupa jugak yang jalan kaki
sure-sure la naik kan???
kalau tahun 2009, Forum Pengankutan Antarabangsa menyenaraikan
Malaysia sebagai jaguh dan juara daripada nisbah bilangan kematian 
berdasarkan kepada setiap 100 000 bilangan penduduk..
adakah tahun 2010 Malaysia masih mengekalkan tahta Juara???
(>_<)
selepas dikaji, selepas diselidik
rupa-rupanya mat-mat rempit yang banyak menyumbang medal emas kat Malaysia ni
ape tak nye..bawa moto tu kompem-kompem la laju
da laju tu kompem-kompem la melanggar undang-undang
dorang kan OOotaiiiiii
tak men la side mirror, helmet pun ape kes nak pakai yang fullface..
jambu la kan?????

 bawa cani, selamat ker???? korang jawab la sendiri!!

 tengok condition moto ni!! >_<

 ni kalau accident, yang depan tu InshaAllah selamat, 
yang belakang tu.. haha..kalau umurnya panjang InshaAllah..=P

yang ni pun satu..DEGIL!!!
da taw bawa anak tak pandai-pandai nak pakai helmet..
( ~_^ )
ehh..kiut plak ek??haha

nah hambekk ni!!

KELUARAN TERBARU 2011 YAMAHA 

RXZ KHAS UNTUK MAT REMPIT

ADA BERANI KE BAWA AWEK GI REMPIT MALAM MINGGU?...

kesilapanku keegoanku..

buruknya perangai kan???
da silap, lagi nak ego..
kadang-kadang terasa diri ni camtu
konon-konon diri ni je la yang betol..
apa yang "dia" buat tu salah!!
"dia" taknak pikir panjang!!
"dia" taknak ambil kesah!!
"dia" taknak bertindak!!
konon-konon diri ni berfikiran jauh sangat dah la..
hambek kau....sekali kena pekik meleleh air mata..
merajok sampai malam... (-_-)
lawak bila ingatkan balik...bagi aku lawak la..
bagi "dia" tak taw la pulak..mencikkkk kot..=P
sedap-sedap mulut je aku nak maki hamun dia kan..
tak main la ayat masam manis..sume yang pedas-pedas aku suap..
sekali dia meletop..terus aku senyap...haha

aku pot pet pot pet dia lambat submit borang transfer..
asal tanya je cakap sabar..asal tnya je cakap sabar..
memang lemah lembut je dia balas pertanyaan aku..
esok aku tanya lagi...dia jawab elok-elok lagi..
aku tanya kasar sikit..dia jawab sopan-sopan lagi..
tak boring-boring dia jawab soklan aku..
yang aku ni da naik boring tanya..
tapi aku nak tanya jugak..kut-kut la da berubah
tengak-tengak jawapannya SABARRRRR...
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
gunung berapi mula rasa nak meletussss....
ape lagi....
bushhhhhhhhhhh...kebabooooommmmmmmm!!!
memang keluar semua lava-lava yang aku pendam selama ni kan
tak sempat nak tapis-tapis da..

macam ni  (>_<)


boleh bayangkan tak bahang dia..=P
sekali "dia" pun balas :-
boleh tak bersabar sikit..ingat B kat sini buat bodoh je ke?? banyak steps dia..bukan boleh isi-isi terus submit..kena dapatkan pengesahan ketua jabatan dulu..bla..bla..bla..bla..bla...

 nak sangat!!!! orang da cakap elok-elok tak maw dengar
sekali orang tegur terus menangis...padan muka aku kan!!
maw nye tak weh!! dia jarang-jarang cakap kasar dengan aku
malam tu ape lagi...berazam takmaw ambik taw dah pasni
redo la konon...taknak push-push dia dah...
dan pagi tadi aku dapat MMS dari "dia"..
kalau korang nak share teruskan membaca yer..=)
jommmmm...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

( ~ _~ )

memang sayang yu lebih laaa B...
ngeeeeee....sumpah rasa nak menangis time dapat MMS ni
huh!!!
baru aku sedar...yer!! aku silap..yer!!aku ego..
patutnya bukan aku yang cakap...
apa yang "dia" buat tu salah!! "dia" taknak pikir panjang!!"dia" taknak ambil kesah!!"dia" taknak bertindak!!

 patut aku kata kat diri aku...sebab aku yang tak pernah cuba tuk memahami dia..
(-_-)
sorry my dear....i did it again!!!

**note : aku hanya insan biasa yang tak lekang dari melakukan kesalahan..
hope all that happen today makes us more mature for the next days (^_6)..aminnn..

Tuesday, January 25, 2011

L.O.V.E.

Cinta boleh membuatkan kite menangis...
Cinta boleh membuatkan kite ketawa...
Cinta boleh membuatkan kite terlupa...
Cinta boleh membuatkan kite terseksa...
Cinta boleh membuatkan kite berdosa...

Tapi cinta tak boleh kembalikan insan yang amat kite sayangi...
Andai ada urusan untuk jual beli cinta di dunia ini, takkan ada manusia yang akan
bahagia..

Cinta tak boleh dijual beli dgn wang ringgit...
Wahai pencinta di dunia ini, sayangi dan hargailah ape yg kite miliki saat ini...
Sesungguhnya tuhan hanya memberi hamba-hambanya satu peluang yang
paling bermakna tanpa kite sedari...

Semoga kite bertemu cinta dunia dan akhirat...

Monday, January 24, 2011

sharing is caring ;)

oooyeahhhhh!!!!! 
akhirnya hari yang ku tunggu-tunggu telah tiba... 
25hb!! yer..ari ni da 25hb...
ehem..ehem..ehem...
aku datang ke tempat dengan penuh semangat!! 
bukan semangat nak p keje hokey!!  
tapi semangat nak p maybank kat hujung lot shop ni ha...hahaha..
musyuk punya olang...
kesian kat purse aku...da lama kempiss..
boley la perut aku nak demand sikit tengah hari sat g ..

masuk-masuk lab..
pakai lab coat dan terus menuju ke meja PC..
jari jemari laju menaip MAYBANK2U..tuddiyaa!! 
wajah berseri-seri..senyum-senyum siput..
sekali check...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..:'(...
kenapa gaji tak masuk lagi????? hari ni kan da 25 hb????
terus kuncup semangat waja aku tadi..
gggrrrrr...kenapa ni??? masalah pe ni???
wehhh..najwa!!sob!! gaji korang masuk x g????
maw tak kelam kabut aku..gaji dorang semalam g da masyukkk...
haishhhh..dugaan apekah ini?? 
aku pun membizikan diri kol levelmates aku yang lain..
sekali sume yang menggunakan khidmat maybank tak masyuk g.......
hahahaha..huhhh!! lega.....=)...
aku ni memang kelam kabut sikit..tapi sikit je laa..ngeeeee..

Dapat koling dari Mr B..
alhamdulillah..gaji dia pun da masyuk...
tapi Mr B sedikit sedey...
memandai aku je  kata dia sedey..hehe...maybe..
tak perlu kut aku state kan kat sini..
biar la antara aku ngan dia je yang taw...
cuma..aku nak Mr B taw, 
dalam ape jua masalah...aku sentiasa ade untuk dia!! 
aku taw kadang-kadang kata-kata aku sikit pun tak mambantu..huhu....
memang aku suka membebel..aku suka merepek-repek....
aku suka membantah kata-kata dia..
tapi bukan niat aku untuk menyakitkan hati dia ..
aku juz ambik berat tentang dia...yerr!!!! 
aku sangat kesah pasal kehidupan dia..sebab aku sayang dia....>_<

Dear B : jangan pening-pening pale oke..kita anggap ni semua sebagai cabaran dalam hidup..setiap yang da belaku pasti ade sebab kenapa dan mengapa ia berlaku..bak kata fara fauzana & abangmu wahid..tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..

chaiiyokk..chaiyokkkk!!!!!

jungle trekking!!

ahh-hhaa!!!!!!
di sebabkan masa yang terlalu mencemburui aku...tetttt..
aku selalu lewat hapdet benda-benda yang aku nak story dalam ni khen!!
ape ke jenis nye kau ni Ada..huhuhu...
elek-elek...jangan la perlekehkan usaha aku
janji ade kan??? aku kan blogger baru..
baru nak terkedek-kedek kot  >_<
oke..malam ni aku nak rewind lik aktiviti aku ngan mek najwa semalam..
aku selalu ngadu kat dia boring weekend duk umah
so cik kak ni ajak aku p panjat bukit kat area bukit mertajam tu ha..
aku pun ape lagi..da orang ajak,,aku jommm je..semangat g tu u'ols..
ye la..before ni asyik dengar pengalaman dia p panjat gunung sane..gunung sini..
setakat panjat bukit kat bukit mertajam tu alahai kacang je kut bagi dia..ngeee...
aku kecut perut la jugak..ye la, aku ni mane besa wat aktiviti-aktiviti camtu kan..
wat nye tiba-tiba pengsan dalam hutan tu cane..huh..
tak ke naya najwa nak usung aku..haha..
da la dia kecik molek je orangnye..
actually, nak p ari sabtu,
tapi aku mintak postpone esok harinya sebab aku nak p ngedate ngan cik B..
ngedate kat perak...hwaaaaaa..nanges sangat..
tak sempat singgah melawat family kat kampung
sebab petang tu aku kelam kabut balik penang lik 
semata-mata nak p trekking punya pasai..
gigih tak aku?????? ...hahaha..mengong!! nyesai pun ade..=(..
oopppssss.., kang benda lain lak aku cerita..(sory!! unstable mood actually :( )
back to jungle trekking story...not bad la..syok gak..
walaupun kami panjat tak abes, 1/3 bukit kot, mayb..suka suki aku je an??
kami turun lik coz cuaca tak menizinkan,ari hujan n najwa pun cam x sihat...
so, kami decide better turun b4 ujan lebat
tapi...seyesly, syok!!!sat je kuar peluh..
tak payah p jogging bagai....boring!!!
p trekking nyaman je...sedap mata memandang...nampak hijau je..
sape-sape yang mata rabun elok lah rajin-rajin melawat
tempat-tempat cani kan...baik untuk mata!!


 time najwa tunjuk bukit ni..kecut sume urat perut aku..mampu ke aku nak nek ni???
jeng..jeng..jeng..
haha....mampu je!! sebab panjat tak abes...=)

 tangga-tangga ni sangat mencacar hokey!! rasa nak tercabut kepala lutut!!!

 aku yang keletihan...haha..melampau kau Adawiyah!!
baru sikit da sebek...

 ngeee....awat??? sifu pun semput gak ke???hehe..
baby najwa x sihat laa..tapi demi aku dia p gak..thank you bebeh!!
lap yu <3 <3

 syok...nga penat-penat jalan, tiba2 nampak tasik ni..wahhh..ilang terus rasa penat
ape lagi...tangkap gambo!! haha...

** rasa cam tak puas lak..tingin nak nek sampai puncak!!! seyes syok...
sangat jakun aku kan??sobsob..=(
first thing yang melekat kat pale otak aku ni........
wahhhh..alangkah bahagia nye kalau dapat p dengan B
Mood : Gedik gelenyar..ahakss..=P
sowiee..~~
rindu terlebey kekdahnya...


=/


 yer!!!! kebahagian hari ini belom tentu menjanjikan ketenangan hari esok!!!
dalam seklip mata semua boleh berubah
dan ini amatlah pasti dan terbukti...

moga aku tabah...aku taknak menyusahkan sape2 lagi..
kuatkan lah semangat hambamu ini Ya Allah
tetapkan lah pendirianku
aminnnnnnnnnnnn
=/

Sunday, January 23, 2011

tak terluah dengan kata-kata

^____________________________________________^

alhamdulillah....terima kasih.....thank you......gracias........xie xie.......arigato....
ape lagi??????? khwap khun khrap yang tak terhingga.....
syukur sangat-sangat sebab 
Dia telah menemukan aku dengan seorang insan yang sangat baik,
bertolak ansur, 
penyanyang, 
sangat-sangat mengambil berat tentang aku, 
sanggup korbankan ape saja demi kebahagiaan aku....
alhamdillah again..again..and again...
mudah-mudahan kebahagiaan yang kami rasa saat ini kekal 
dan bertambah bahagia hari demi hari....aminnnnnnnnnnnnn...

mood : bahagia...dapat jumpa my "B"..
Dalam hati : bersyukur + takut lalai...huhu..mintak di jauhkan...>_<

(mind set :  harus ingat kebahagiaan yang ada semalam,saat ini, hari ini, belum tentang tentu jadi milik kita esok hari, Cintailah Allah melebihi segalanya supaya tak kecewa di kemudian hari kerana hanya Dia bersifat ABADI ) InshaAllah...sama-sama kita ingat mengingati antara satu sama lain eh...

To "B" : thanx for everythings ya..u made my day..LUV YOU !!!mmuahhx

 nah!! hambek ni..semua ni untuk yu...syok tak??? ngeeee..^_^

Monday, January 17, 2011

mulut yang tak taw erti penat !!!!






suka tanya soklan berulang-ulang kali!!!!!!!!

tak paham-paham cakap orang..

tak jemu bertanya..

Emo Setiap Masa..

suka membebel..

HAAAAAAAAAAAA.....
-
-
-

ITULAH SAYA!!!!!!


andai bisa aku jadi begini...aku lah orang yang paling beruntung...
tak menyusahkan orang len..pendam sorang-sorang
tapi mampu ke aku????? huhu..
-
-
-
pikir......
-
-
-
-
-
masih memikir.....
-
-
-
-
cuba belaku jujur....
-
-
-
n
-
-
-

aku rasa jawapannya TAK..=(

Thursday, January 13, 2011

TAHNIAH untuk KAMI.......


happy anniversary 2 us..
huhu...sedey sebab xde sape pun yang wish ..
nasib baik ade incik bf
for us ari ni, 14 jan tak sama seperti date-date yang lain
today adalah date yang sangat special after our birthday..
date ni takkan datang tiap2 minggu, tiap2 bulan..
tapi ia muncul setahun sekali je...
errrrmmmmmmm..
wahai blogku
kau adalah sebahagian dari diri aku..
apa yang aku merepek, aku membebel, aku suka, aku sedih..
rasa cam sume nak luahkan kat ko..
aku sayang ko sebab ko pendengar yang setia...=)
ape-ape yang aku cite kat ko..
ko layan je....hehe..
alhamdulillahh...
ari ni genap lima tahun aku ngan _ _ _ _ _ sah sebagai bf & gf
opkoz dalam tempoh tu de macam2 yang aku tempuh
de yang syokk & ade yang tak syok..
tapi alhamdulillah..kami masih mampu bertahan..
mudah2han kasih sayang yang kami rasakan sekarang ni
berkekalan sampai bila-bila..aminnnnnn...
doa-doa kan yep!!!!


AWASSSS!!!jangan tiru aksi ini..=)
image ini adalah sekadar penambah perasa belog ini saje..hihihi

dalam ati ade taman..wink**wink**

~~we belong together~~