Wednesday, December 21, 2011

maafkan kakcik mak..T_T

Ibu,
Saat kau tahu bahawa kau mengandungkan aku,
Kau amat gembira dan bahagia sekali,
Wajahmu sentiasa ceria,
Bagai hendak kau hebohkan pada dunia bahawa kau akan menjadi ibu kepada aku,
Syukur yang teramat pada Ilahi atas nikmat padamu itu.
Ibu,
Sepanjang mengandungkan aku,
Kau sabar menanggung sakit yang tidak tergambar pedihnya,
Kau tabah,
Kau tersenyum juga walau hakikatnya kau derita,
Kadang-kadang kau titiskan jua air mata kesakitan yang kau rasai,
Namun cepat-cepat kau kesat mutiara yang menitis itu,
Kerana kau tidak mahu aku rasa bersalah padamu.
Ibu,
Tiba saat yang amat kau tungu-tunggu,
Saat melahirkan insan teristimewa dalam hidupmu,
Aku lihat kau hampir meragut nyawamu sendiri,
Demi melahirkan seorang bayi yang kau kandungkan.
Namun,
Kau ukirkan senyuman penuh kesyukuran apabila aku lahir dengan selamat ke dunia ini,
Terus hilang sakitmu sebentar tadi,
Terus kau lupakan segala penderitaan yang kau rasai selama aku di dalam kandunganmu,
Lantas kau menciumku hingga menitis lagi air matamu,
Aku amat mengerti makna air mata itu,
Air mata kesyukuran,
Syukur tidak terhingga.
Ibu,
Saat aku masih kanak-kanak,
Kau amat gembira melihatku,
Semakin hari semakin membesar dengan sihat,
Kau tidak pernah mengasari aku,
Kau tidak pernah menunjukkan keletihan di wajahmu,
Walau setelah kau penat seharian bekerja,
Kau lakukannya demi untuk menyaraku,
Malah, kau sempat lagi bermain bersamaku,
Kau hiburkan aku,
Aku tahu saat itu kau benar-benar keletihan.
Ibu,
Bila aku mula meningkat remaja,
Kau mula bimbang akan aku,
Kerana aku semakin mengasarimu,
Aku selalu memperlekehkan setiap apa yang kau cadangkan,
Terutama dalam memilih sesuatu pilihan,
Aku katakan padamu bahawa aku sudah matang,
Aku cukup matang untuk memilih jalan hidupku,
Aku juga tidak mahu dikongkong oleh dirimu lagi,
Biarlah hidup ini aku jalani sendiri,
Usahlah ibu fikirkan apa yang terbaik untuk anakmu ini,
Aku sudah dewasa untuk menentukan hala tuju hidupku sendiri,
Tanpa perlu bantuan kau di sisiku lagi.
Ibu,
Saat itu aku kerap melihat kau menangis,
Namun,
Aku hanya mampu melihatnya,
Aku tidak kuat untuk memujukmu,
Aku biarkan saja kau dengan tangismu,
Walauku tahu tangismu itu kerana sikapku,
Sikapku yang lupa diri serta egois.
Ibu,
Kini aku sedar akan segalanya,
Aku insaf atas segala dosa yang aku lakukan padamu,
Berapa kali hatimu aku calari dengan kata-kata kesatku?
Berapa kali air matamu mengalir kerana berkecil hati dengan kekasaranku padamu?
Namun,
Tidak pernah sekalipun aku meminta ampun padamu ibu,
Mengapa aku begitu ego padamu?
Sedangkan kaulah insan yang amat bermakna dalam hidupku.
Ibu,
Maafkan anakmu yang derhaka ini,
Maafkan seiklas hatimu ibu,
Agar aku dapat hidup dalam redha Ilahi,
Agar aku juga mendapat keampunan-Nya.
Ibu,
Halalkanlah makan minumku,
Walau setitis air susu pun moga kau halalkan,
Dan walau setitis keringat yang mengalir deras sepanjang mendidikku,
Kerana aku tidak mampu membayarnya walau dengan selautan kekayaan.
Ibu,
Ampunkan aku,
Moga kau mendapat keredaan-Nya di sana nanti,
Ku doakan moga kau mendapat nikmat syurga-Nya,
Bersama orang-orang yang beriman.
iluv.islam.com

Tuesday, December 20, 2011

8p untuk awak dan saya..

Assalammualaikum..
8p yang boleh membuatkan awak dan saya sentiasa tersenyumm..
^___________________^
senang, simple dan mudah...hehe
1. P yang pertama ialah ‘puji’.
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘peluk’.
Peluk ialah yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘penghargaan’.
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘perhatian’.
Hal ini yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’.
Persefahaman penting kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’.
Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘percutian’.
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’.
Permohonan adalah doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. :)
Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. 
## oopppss..tips ni untuk sape2 yang suda berkawen saja hokey..buat yang baru bercintan-cintun tu blajaq teori saja..=P

Monday, November 21, 2011

tenangkanlah diriku Ya Allah

kalangkala Allah turunkan hujan tatkala matahari sedang terik memancarkan sinarnya....puas kita menangis mencari matahari itu....rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita satu pelangi yang sangat indah..

Thursday, October 27, 2011

luv dis song damn much ~ `

Assalammualaikum...

helo cutey gurl n noty boy
epi friday horey.. =)
sambil-sambil buat keje tu kan
jom layan lagu jiwang ni
oppsss
bukan jiwang 
tapi lagu pembakar semangat
=P


Tuesday, October 11, 2011

gaduh memalam tu syahdu..hehe

Assalammualaikum



sape berani cakap kawen tu semudah ABC
cepat angkat tangan!!

"two people, two hearts, two lives
BECOME
one heart, one mind and one new life together"

kawen  tu senang
nak kawen tu yang susah
(-_-)'


0opppssss
agak2 korang semut tu menang ke , jari gergasi tu menang ??
%^$#@&*

pen-off

Wednesday, October 5, 2011

masaya kaarawan to you mR papa

assalammualaikum



epi burfday pak mat..=P
moga di panjangkan umur
murah rezeki
dikurniakan hati yang bersih
jiwa yang tenang
dilimpahi taufik dan hidayah Allah
jadi hamba Allah yang taat
moga cepat-cepat tawen
jadi asben yang soleh, bertanggungjawab
caring, loving, concern
untuk saya
hikssss
(^_~)


Tuesday, October 4, 2011

bila ku sedang rindu..pada siapa ku mengadu...lalalala

Assalammualaikum



sebaik-baik wanita adalah
yang apabila diberi sesuatu...
dia bersyukur
dan bila tidak diberi apa-apa...
dia bersabar

yang menyenangkan hatimu..
bila melihatnya
dan mentaatimu..
bila kami menyuruhnya..

~nice quote~


aku tak makan cili tapi aku yang terasa pedas..

assalammualaikum..

sementara tunggu saki baki minit yang ada ni
terasa rindu nak berporum
as usual
macam2 cerita kita kan jumpa dalam tu kan
bila aku start baca luahan hati TT ni
aku lak yang tiba-tiba rasa nak meletop
dalam keadaan macam tu
aku taw dia sangat depress
bukan sekali aku jumpa case camtu
tak cukup jari da nak kira
selalu yang jadi mangsa kaum perempuan
bukan aku nak jatuhkan orang lelaki 
tapi tu la hakikat nya
perempuan..once dia da pegang tanggungjawab
Inshaallah dia kan cuba setia pada lelaki tu a.k.a asben dia

wahai kaum adam...
tak cukup lagi ke pengorbanan seorang isteri tu
dia tolong jaga makan pakai korang
bagikan korang zuriat
bukan anak dia sorang
anak bersama
patut korang bersyukur da isteri tolong kandungkan bb
sembilan bulan kendong ke hulu hilir
korang sedap2 je wat skandal belakang bini kan????
patut saat2 camni
korang la yang kena bagi sapot
sentiasa ada ngan dia
kalo rasa-rasa tak ley nak pegang tanggungjawab tu
tak ya kawen!! 
ni buat anak nak..pastu bia bini tanggung sorang-sorang
apa korang lupa ke
dulu before kawen tak ingat ke janji korang ngan mak ayah dia
patut korang pegang amanat tu..

korang pk dalam2
perkahwinan tu bukan untuk seronok semata-mata
perkahwinan tu jugak 1 ibadah
kenapala tak gunakan kelebihan tu tuk tingkatkan lagi amal ibadat kita
even buat mende kecik coet tapi ikhlas pun da dapat pahala
inikan plak bahagiakan pasangan
ingatlah Allah ciptakan sume kat dunia ni untuk di soal kat akhirat kelak
tuk dia menetukan siapa yang layak untuk di masukkn ke syurgaNya atau neraka

untuk TT..
semoga anda tabah hadapi musibah ni
ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar
kadang-kadang Allah ciptakan ujian untuk kita kerana dia rindu nak dengan rintihan hambaNya
banyak2kan berdoa 
take time and try slow talk ngan incik asben
moga-moga di bukan pintu hati dia oleh Allah
&
selamat berbahagia untuk korang

aminnnnn....

(^_^)



~pen off~

Monday, October 3, 2011

Cadangan Hantaran Untuk Perkahwinan..

Salam...
Post ni saje je aku ltak coz bru lpas tgk pre wedding nabil..
So,ak rase geram la tgk brg hntran dieorg tu...
Aku hrap perkahwinan nnti dpt berjalan lancar mcm nabil jugak la..
nak wt pre wedding dgn gune video...
tpi ssah ckit la,coz meagatech dh ttup..nk g mane ek????
mayb g tman kot smbil bwa paper METRO..hihihihihi

Barang Hntran utk laki:

Al quran

Sejadah..


Ipad..

Pacao Rabanne..

Senang g koje..

Seiko Creteria..

Baju Koje dan Tie..

Kek Secret..

Buah-buahan..

Ni je yg aku nak,tpi klu de org nk tmbh lg ley je...

Untuk pihak perempuan...

Al quran

Telekung..

Blackberry Storm..same mcm iols..

Jam tangan..

Gucci gitu...

Tas tangan..

Larrie shoes..

Ni je yg aku pikir skrg ni..
harap2 jd ler hndaknye..
aku x ksah pn klu de tmbhn lgi..
SEKIAN...